Syaikul Hadits Maulana Muhammad 
Zakariyya
Syaikhul Hadith Maulana Haji Muhammad 
Zakariyya rah. telah habiskan seluruh usianya yg soleh dalam tiga 
bahagian:
- Dars wat Tadris (belajar dan mengajar)
- Tasnif wat Ta’lif (menyusun dan mengarang kitab)
- Tazkiah wa Islahul Khuluq (tazkiah hati dan islah akhlaq)
Beliau telah berjaya sempurnakan semua diatas 
dg baik dan cemerlang. Dikatakan bahawa kegiatan beliau:* Belajar dan mengajar, 
dilaksanakan dg benar2 disiplin waktu dan sakinah (penuh ketenangan 
pikiran)
Menyusun dan mengarang kitab, dilakukan dg 
penuh tekun diiringi seluruh tumpuan hati serta akal
Tazkiah nafsu dan islah khalq, dibuat dg daya 
perhatian bagai pekerja gigih dlm suatu pekerjaan yg bernilaiKetiga2 kegiatan 
tersebut beliau tunaikan sekaligus dg amat baik. Antara tiga itu, yg ketiga 
lebih menonjol dari yg lain. Alhamduilllaah hingga kini, pengaruhnya masih 
berterusan dan ribuan org telah dpt mengeluarkan cinta dunia dari hati mereka dg 
asbab usaha beliau.Dua bahagian yg pertama, iaitu pendidikan dan menyusun serta 
menulis kitab, amat besar jasanya kpd umat serta menerima pengiktirafan yg 
tinggi dan tdk terkira. Secara ringkas akan diterangkan disini mengenai beberapa 
kelebihan dari hasil karangan beliau dan jasa beliau secara ringkas dlm bidang 
pendidikan.
Dalam Bidang Pendidikan
Pendidikan beliau bermula pada tahun 1325H 
hingga tahun 1336 [1907-1917]. Diantara masyaikh yg telah menjadi guru beliau 
ialah Syaikh Saharanpuri, Syaikh Maulana Muhammad Ilyas Dahlawi, ayahanda beliau 
Syaikh Maulana Muhammad Yahya Kandahlawi, Maulana Abdul Wahid Sanbuli, Maulana 
Abdul Lathif dan ramai lagi masyaikh lainnya.Setelah tamat belajar, beliau mula 
tugas mengajar dari tahun 1335 H hingga tahun 1388 H [1916-68]. Kira2 54 tahun 
beliau telah berbakti dalam dunia pendidikan dan pengajaran. Dan lebih dari 
setengah usia beliau dihabiskan untuk berkhidmat di Madrasah Mazahirul Ulum di 
Saharanpur. Banyak bukti menunjukkan beliau mengambil berat terhadap madrasah 
ini. Semasa di madrasah ini, beliau telah mengajar lebih kurang 35 buah kitab 
agama bermula dari kitab Ilmu Sighah dan Nahu hinggalah kepada kitab yang lebih 
tinggi seperti kitab Sahih Bukhari dan Abu Daud. Bahkan beliau telah mengajarkan 
seluruh kitab yg diajar di madrasah tersebut.Beliau juga telah mengukir kenangan 
bahagia dengan menamatkan beberapa kitab penting dalam pengajarannya, di 
antaranya kitab Nurul Anwar sebanyak 3 kali, Mishkat 3 kali, Abu Daud 30 kali, 
Bukhari jilid awal sebanyak 50 kali dan kitab Bukhari dg lengkap sebanyak 16 
kali.Ramai kalangan penuntut yg telah berjaya menamatkan pelajaran hadith 
melalui beliau dan memperdengarkan pelajaran mereka dihadapan beliau. Kemudian 
ramai pula yg meneruskan tugas mengajar dan berkhidmat utk agama dan ilmu agama 
dipelbagai tempat. Selain itu, ramai murid2 beliau yg telah tamat pendidikan dan 
pelajaran melalui beliau yg hati sanubari mereka disinari ma’rifat, sehingga mereka telah 
berbai’at melalui tangan 
beliau yg mulia, mempelajari ilmu suluk dan ilmu tasawuf secara khusus dan dg 
nikmat Allah Swt, telah berjaya mencapai darja kerohanian yg tinggi dlm ilmu 
ini.Sebahagian dari nama2 murid Syaikh Muhammad Zakariyya rah. yg telah menjadi 
ulama-ulama yg masyhur adalah:
- Maulana Muhammad Yusuf, Maulana Inamul Hasan, Maulana Izharul Hasan dan para pengajar di Kashiful Ulum Delhi
- Maulana Mufti Mahmud Hasan Ganggohi, pengajar hadith di Darul Ulum Deoband
- Maulana Munawwar Husein, Syaikhul Hadith di Darul Ulum Lathifi Kethar
- Maulana Abdul Jabbar, Syaikhul Hadith di Jamiah Qasimiah Shahi Muradabad
- Maulana Akbar Ali Saharanpuri, pengajar di Madrasah Mazahirul Ulum dan juga pengajar hadith di Darul Ulum Karachi, Pakistan
- Maulana Ubaidillah Belyawi, pengajar hadith di Madrasah Kashiful Ulum Delhi
- Mufti Muzaffar Husein, pengajar hadith dan wakil Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
- Maulana Muhammad Yunus Jupuri, Syaikhul Hadith Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
- Maulana Muhammad Aqil, pengajar hadith di Madrasah Sadhar Mudarisin juga di Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
- Maulana Ashik Ilahi Balanshari, pengajar hadith di Madrasah Darul Ulum Karachi
- Maulana Muhammad Salman, pengajar hadith di Madrasah Mazahirul Ulum Saharanpur
- Maulana Taqiyuddin, pengajar hadith
- Maulana Bashir Ahmad, pengajar hadith di Darul Ulum Tanbu di Rangoon
- Termasuk ulama2 berikut (tambahan Aba ‘Izzat):
- Dr. Mustafa al-Siba’i
- Syaikh Abd. al-Fattah Abu Ghuddah
- Dr. Muhamamad ‘Alawi al-Maliki
- Syaikh Muhammad Taha al-Barakati Dan masih banyak lagi nama2 lainnya hasil didikan dan ajaran beliau.
Jika semua nama2 itu dicatat disini, maka 
risalah ini akan menjadi sangat panjang. Mereka semua adl ulama yg masyhur 
diantara org2 besar dlm dunia pendidikan dan pengajaran ilmu hadith yg telah 
dihasilkan melalui asbab pendidikan beliau.“Itulah keutamaan Allah Swt yg 
diberikan kpd sesiapa yg dikehendaki-Nya”Bagi kami, para khadim dan pelayan 
beliau, menjadi satu kebanggaan dan suatu kelayakan bagi kami amal tauladan diri 
kami, bhw dlm masa yg amat lama beliau telah sudi mendidik kami semata2 kerana 
Allah Swt padahal beliau melakukan itu semua tanpa menerima bentuk bayaran (baik 
gaji, bantuan, dll) dari pihak madrasah. Memang pd masa permulaannya, beliau 
terpaksa menerima sekedar upah mengajar beliau kerana dipaksa oleh masyaikh 
madrasah. Namun pd keesokan harinya beliau telah pulangkan seluruh wang upahan 
itu kembali ke madrasah.Semoga Allah Swt memberi taufiq-Nya kpd kita semua utk 
mengikuti tauladan beliau yg suci lagi mulia.Mengenai hal ini dg lebih 
terperinci, pembaca budiman boleh rujuk kitab Tarikh Mazahir, Jilid 
II.
Dalam Bidang Penulisan
Penyusunan kitab serta mengarang juga adl satu 
bab dlm kehidupan Syaikh Muhammad Zakariyya rah. dan berkatnya masih melimpah 
hingga sekarang. Beliau mula berkarya dg menulis 50 Tahun Keadaan Madrasah 
Mazahir Ulum dan Riwayat Hidup Para Masyaikh.Kedua2 kitab tsb adl permulaan 
karya beliau. Oeh kerana sibuk beliau dg mendidik, mengajar dan tanggungjawab 
terhadap madrasah maka kitab ini belum siap dan diterbitkan lagi. Insya-Allah 
setelah 50 tahun berlalu, kedua2 kitab tsb yg diberi judul, Tarikh Mazahir dan 
Tarikh Masyaikh akan segara disempurna dan diterbitkan.Beliau seterusnya 
melanjutkan pelajaran di Madrasah Mazahir Ulum Saharanpur. Seluruh kitab2 
pelajaran, kecuali sebahagian kitab di kelas permulaan, telah dikarang dan 
disusun oleh beliau utk diajarkan di Madrasah Mazahir Ulum Saharanpur sehingga 
Madrasah tsb mencapai darjat ilmiah yg tinggi yg istimewa dari Allah Swt berkat 
jasa beliau terhadap ilmu hadith. Bahkan beliau telah jadikan misi hidup beliau 
khidmat terhadap hadith dan Allah Swt telah terima khidmat beliau pd martabat yg 
tertinggi sekali. Kitab Nadir Shuruh dan La Zawal Ta’liqaat hasil pena beliau telah diterima dg 
baik dikalangan masyarakat umum dan para ulama yg ternama.Kitab Awjazul Masalik 
(6 jilid besar) Syarah Kitab al-Muwattha’ Imam Malik adl hasil usaha serta titik peluh beliau sendiri selama 
kira2 40 tahun dan kitab ini telah mendapat banyak pujian daripada tokoh2 ulama 
di Hijaz. 
Diantara tokoh alim ulama tersebut ada seorang 
yg berkata “seandainya pengarang kitab ini tdk menulis di dlm Muqaddimahnya bhw 
dia bermazhab Hanafi, maka pasti kami akan menyangka bhw penulis adl bermazhab 
Maliki kerana beliau dpt mengupas setiap bahagian dari fiqh mazhab Maliki secara 
terperinci. Selain itu, beliau dpt mengumpulkan byk masalah2 fiqhiyyah mazhab 
Maliki, dimana penjelasan masalah tsb sukar utk ditemui dlm mana2 kitab mazhab 
Maliki sekalipun.”
Alim ulama dari negara Arab, khususnya Arab 
Saudi, penjaga Haramain – 
semoga Allah Swt tambah keduanya kemuliaan dan keagungan – juga alim ulama dan tokoh dari Damsyik 
sangat berharap kpd syaikh agar kitab tsb dpt diterbitkan di Beirut, Lebanon. 
Ada seorang yg kaya raya dari Mekah Mukarramah telah menerbitkan kitab tsb dg 
pembiayaan pribadinya.Demikian juga dg kitab Lami’ud Darari (3 jilid) Syarah 
Jame’ Bukhari, kitab Kaukabub 
Duri (2 jilid) Syarah Jami’ut 
Tirmizi, kitab Juz Hujjatul Wada dan kitab al-Abwab wat Tarajim lil Bukhari dlm 
bbrapa jilid. Semua kitab ini adl suatu khidmat beliau yg sangat agung terhadap 
hadith.Beliau sentiasa tekun apabila membahaskan sesuatu kitab sampai pemikiran 
beliau terbuka dg penemuan baru hingga byk kitab2 baru disusun dan ditulis oleh 
beliau. Keseluruhannya, beliau telah mengarang lebih daripada 89 buah kitab dan 
29 buah telah diterbitkan sementara yg lainnya masih dlm penerbitan. Semua judul 
dan keterangan karya beliau terhimpun dlm autobiografi beliau yg terkenal iaitu 
Aap Beti.Semua karya beliau itu amat bernilai dlm bidang ilmu pengetahuan, 
hakikat, islah dan tabligh. Dan beliau telah menunaikan hak dlm bidang2 tsb dg 
cemerlang, seperti yd diucapkan oleh Maulana Abul Hasan Ali Nadwi rah. “Karya 
dan susunan Syaikh benar2 mengandungi dua bahagian pokok:
1. Khusus dlm ilmu dan hakikat, 
serta
2. Murni mengandungi dakwah dan Islah Umumnya, 
seseorang yg mahir dlm bahagian pertama, ia tdk mahir dlm bahagian kedua. Dan 
jika ia mahir dlm bahagian kedua, ia tdk mahir dlm bahagian pertama. Dan 
seseorang yg sudah biasa dg bahagian kedua, maka ia tdk menjaga dan menegakkan 
adab serta peraturan dlm bahagian pertama.Akan tetapi Syaikh Muhammad Zakariyya 
telah berjaya sempurnakan 2 bahagian tsb dlm setiap karyanya. Beberapa contoh 
beliau dlm bahagian pertama ialah kitab Awjazul Masalik dan Lami’ud Dararai dan contoh umum dari bahagian 
kedua ialah kitab Hikayatus Sahabah dan Fadhail Amal, mengandungi Fadhilah 
Solat, Ramadhan, Zikir, Al-Quran, Haji, Sedeqah, Tabligh dan Selawat. Dan contoh 
karya beliau terkumpu kedua2 bahagian itu secara bersamaan ialah kitab 
Jame’ Shamail Tirmidzi dan 
Syarah Khasail Nabawi” [Shawaih Yusufi, Lucknow, hal 129].Judul dan kandungan 
risalah ini adalah berkenaan surat2 pertanyaan berkaitan dg kitab Fadhail Amal 
beliau, yg telah dikumpul dari semasa ke semasa. Syaikh Muhammad Zakariyya rah. 
telah menjawab semua surat2 pertanyaan dan kritikan tsb dengan mempamerkan 
kesabaran yg tinggi dan berhemat luas serta kebijaksanaan yg jitu. Dlm hal ini, 
dpt dijangka bhw Allah Swt telah kurnia dari khazanahNya bbrp bahagian 
kelembutanNya kpd beliau.
Wallahu'alam bishowab
Wallahu'alam bishowab

 
 
0 comments:
Posting Komentar