HADIS PALSU DI DALAM KITAB TAFSIR
Karena peranan hadis yang sangat besar dalam menafsirkan kandungan
Al-Qur’an, para ulama yang menulis dalam bidang tafsir selalu memenuhi
kitab-kitab karangan mereka dengan hadis. Namun tidak semua pakar tafsir
juga pakar dalam bidang ilmu hadis. Akibatnya, banyak sekali
hadis-hadis yang palsu atau sangat lemah terdapat di dalam buku-buku
karangan ahli tafsir sehingga tidak boleh kita jadikan pegangan meskipun
penulisnya adalah ulama-ulama terkemuka. Kebanyakan hadis-hadis palsu
itu berkenaan dengan fadilat surah-surah Al-Qur’an dan kisah-kisah
Israiliyat. Setiap pembaca wajib berwaspada apabila membaca hadis-hadis
tersebut di kitab-kitab tafsir ini.
Saya akan menyebutkan di bawah ini nama-nama kitab tafsir yang sering kali memuat hadis-hadis palsu dan sangat lemah agar kita berhati-hati setiap kali menemukan sebuah riwayat hadis di dalamnya.
1. Tafsir Al-Tha’labi dan Al-Wahidi
Al-Tha’labi atau Al-Tha’alibi adalah Syiekh Abu Ishaq Ahmad bin Muhammad Al-Naisaburi [w. 427 H]. Beliau menulis sebuah kitab tafsir bertajuk “Al-Kasyf wal Bayan fi Tafsir Al-Qur’an”. Adapun Al-Wahidi, maka beliau adalah murid Al-Tha’labi yang bernama Syeikh Abul Hasan ‘Ali bin Ahmad Al-Wahidi Al-Naisaburi [w. 468 H]. Kitab tafsirnya berjudul Al-“Wajiz” telah dicetak di Mesir di tepi kitab tafsir “Murah Labid” karya Syeikh Muhammad bin Umar Nawawi Al-Jawi.
Berkata Syiekhul Islam Ibn Taimiyyah, “Ulama hadis telah bersepakat bahawa Al-Tha’labi meriwayatkan sekumpulan hadis-hadis palsu seperti hadis yang diriwayatkan di awal setiap surah dari Abu Umamah tentang keutamaan surah tersebut. oleh itu, mereka berkata bahawa beliau bagai orang yang mengumpulkan kayu di tengah malam. Begitu juga Al-Wahidi, muridnya, dan ahli-ahli tafsir yang seumpamanya. Mereka meriwayatkan hadis-hadis sahih dan lemah. Oleh karena Al-Baghawi mengetahui ilmu hadis, lebih pakar daripada Al-Tha’labi dan Al-Wahidi, meski tafsirnya merupakan ringkasan tafsir Al-Tha’labi, beliau tidak menyebutkan di dalam tafsirnya hadis-hadis palsu dan penafsiran-penafsiran ahli bid’ah yang disebutkan Al-Tha’labi.” [Minhaj Al-Sunnah 4/4]
2.Tafsir Al-Naqqasy
Beliau adalah Syeikh Abu Bakar Muhammad bin Al-Hasan Al-Baghdadi Al-Naqqasy [w. 351 H]. Kitab tafsir tulisannya bertajuk “Syifaus Sudur” memuat banyak sekali hadis-hadis palsu sehingga Imam Abu Bakar Al-Barqani pernah berkata, “Tidak ada satu pun hadis sahih di dalam tafsirnya.”
3. Tafsir Al-Zamakhsyari
Al-Zamakhsyari seorang pakar bahasa dan sastra Arab sekaligus ulama kalam bermazhab Muktazilah. Nama penuh beliau Jarullah Mahmud bin ‘Umar Al-Khawarizmi [w. 538 H]. Beliau menulis sebuah kitab tafsir yang sangat terkenal hingga ke hari ini bertajuk “Al-Kassyaf ‘an Haqaiq Al-Tanzil”.
Karena hadis bukan bidang kepakarannya, kitab tafsir ini berisi banyak sekali hadis-hadis yang lemah dan palsu. Meski begitu, kitab ini sangat baik, bahkan terbaik, dalam menyingkap keindahan sastra dan ketinggian bahasa Al-Qur’an. Oleh itu, Al-Hafiz Abdullah bin Yusuf al-Zaila’i [w. 762 H] mentakhrij setiap hadis yang tercantum di dalam tafsir ini, lalu diringkas oleh Al-Hafiz Ibn Hajar dalam kitabnya “Al-Kaf Al-Syaf fi Tahrir Ahadith Al-Kassyaf ”.
4. Tafsir Ruhul Bayan fi Tafsir Al-Qur’an
Kitab tafsir ini ditulis oleh seorang ahli tasauf asal Turki bernama Syeikh Ismail Haqqi bin Syiekh Mustafa Al-Istanbuli [w. 1137 H]. Kitab ini sangat menekankan pembersihan jiwa dan isyarat-isyarat sufistik sehingga menjadi kegemaran para penceramah [al-wu’aaz]. Namun perhatian penulisnya tentang status hadis yang diriwayatkan sangat lemah sebagaimana ucapan Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, “Hadis-hadis lemah dan palsu laku keras di dalam kitab tafsirnya ini sebab beliau tidak memiliki pengetahuan tentang ilmu hadis.” [“Al-Ta’liqat Al-Hafilah” hal.132]
5.Tafsir Al-Qurtubi
Beliau adalah Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad Al-Qurtubi [w. 668 H], seorang pakar hadis dan fiqh mazhab Maliki asal Andalusia. Beliau menulis kitab “Al-Jami Li Ahkamil Qurán” sebuah kitab tafsir yang sangat memfokuskan perhatian kepada ayat-ayat hukum. Meski beliau sangat besar dalam bidang fiqh dan hadis, namun kitab ini tidak sedikit memuat hadis-hadis yang munkar dan palsu.
Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah berkata, “Menurut pemerhatian saya bagi kitab tafsirnya ini, kebiasaan beliau apabila meriwayatkan hadis sahih maka menyebutkan kitab-kitab rujukannya dengan berkata, “Al-Bukhari meriwayatkan …, Muslim meriwayatkan …, di dalam kitab Abu Dawud …, dalam kitab Ibn Majah …,” dan begitu seterusnya. Dan kebiasaan beliau dalam meriwayatkan hadis-hadis yang belum diteliti maka beliau tidak menyebutkan sumber rujukannya. Beliau lalu berkata, “Bersabda Rasulullah Saw …, Diriwayatkan dari Nabi Saw …” [“Al-Ta’liqat Al-Hafilah” hal.138]
6. Tafsir Ibn Kathir
Tafsir yang satu ini berbeda dengan tafsir-tafsir sebelumnya. Penulisnya Al-Hafiz Abul Fida Ismail bin Umar bin Kathir Al-Dimasyqi [w. 744 H], seorang pakar hadis sehingga sangat teliti dalam memilah hadis-hadis yang sahih dan yang lemah apalagi palsu. Beliau banyak menyebutkan riwayat-riwayat dan kisah-kisah yang terdapat di dalam kitab-kitab tafsir sebelumnya namun menjelaskan status riwayat dan kisah tersebut setelahnya.
Berkata Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, “Al-Hafiz Ibn Kathir mengambil jalan yang sangat baik dalam tafsirnya. Beliau menjelaskan ‘illat dan kelemahan yang terdapat di dalam hadis-hadis, tidak hanya menyebutkan sanadnya dan para perawinya sahaja. Sebab beliau sadar bahawa ilmu hadis telah ‘tenggelam’ di masanya, apalagi di masa-masa setelahnya.”
Dengan metode ini, Tafsir Ibn Kathir menempati posisi yang paling penting dan paling selamat untuk mendapatkan penafsiran Al-Qur’an berdasarkan hadis tanpa sembarang kekhuatiran. Berkata Syeikh Abdul Fattah lagi, “Boleh kita katakana bahawa tafsir bersanad yang terbaik di tangan kita pada hari ini adalah Tafsir Ibn Kathir. Namun begitu, sebagaimana kata pepatah: gadis cantik tidak sunyi daripada celaan.” [“Al-Ta’liqat Al-Hafilah” hal.108]

0 comments:
Posting Komentar