Nama sebenarnya : Umar bin Al-Khattab bin Nufail bin Abdul Uzza bin Ribaah bin Abdillah bin Qarth bin Razaah bin 'Adi bin Kaab
Nama Ibu : Hantamah binti Hasyim bin Al-Mughirah bin Abdillah bin Umar bin Makhzum.
Gelaran : Al-Faruq
Keturunan : Arab Quraisy (Kabilah Bani Adi)
Tarikh lahir : 13 tahun selepas berlakunya peristiwa Abrahah (menurut Imam Nawawi)
Jabatan : Khalifah Ar-Rasyidin Kedua
Waktu Jabatan : 10 tahun
Wafat : 23H @ 644M
Umur : 63 tahun
Semasa sebelum
memeluk Islam, beliau merupakan duta bagi kaumnya terutama untuk
mengadakan perundingan antara kabilah yang bermusuhan. Beliau merupakan
mertua Rasulullah SAW apabila Rasulullah bernikah dengan anaknya, Hafsah binti Umar. Beliau salah seorang yang dijamin Syurga oleh Rasulullah SAW.
Sifat Peribadi Umar al-Khattab
Ubaidullah
bin Umar menceritakan bahawa suatu hari para sahabat melihat Umar
memikul tempat air di bahunya. Lalu mereka bertanya : "Wahai Amirul
Mukminin ! Mengapa tuan sendiri yang memikul air ini ?" Jawab Umar al-Khattab : "Saya merasakan bahawa diri saya telah takabur, lalu saya mengangkat air ini untuk menundukkannya"
Kata
Aslam beberapa orang berbicara dengan Abdul Rahman bin Auf. Kata mereka
: "Umar al-Khattab telah menimbulkan rasa takut kami sehingga mata kami
tidak berani bertentangan mata dengannya". Hal ini diadukan oleh Abdul
Rahman bin Auf. Lalu Umar al-Khattab berkata : "Benarkah mereka berkata
demikian ?" "Demi Allah, saya telah cuba melunakkannya, sehingga
lantaran lunak saya itu saya takut dimarahi Allah. Saya cuba pula dengan
sikap keras sehingga saya takut Allah marah kepada saya. Bagaimanakah
lagi ? Bagaimana nasib saya yang berbeza dengan mereka ?"
Diriwayatkan oleh Umar bin Murrah bahwa
seorang lelaki bertemu dengan Umar al-Khattab dan berkata : "Bersikap
lunaklah kepada kami, sebab kami amat gentar melihatmu !" Umar menjawab :
"Adakah saya berbuat sesuatu yang zalim? " Jawab lelaki itu : "Tidak"
Kata Umar lagi : "Kalau begitu, biarlah Allah menambah rasa takut dalam
hatimu terhadapku"
Menurut
Barrak bin Makrur : "Pada suatu hari Umar al-Khattab naik ke mimbar
untuk memberi tazkirah, tiba-tiba dia merasa sakit. Menurut para jamaah,
ubatnya adalah madu lebah dan di Baitulmal banyak tersimpan madu lebah"
Kata beliau : "Kalau tuan-tuan izinkan, saya akan gunakannya, tetapi
kalau tidak diizinkan haram ke atas saya mengambilnya.
Keislaman Saidina Umar
Beliau
memeluk Islam pada tahun ke 6 kenabian ketika berumur 27 tahun.
Tindakannnya ini mengemparkan masyarakat Quraisy dan memberi berita
gembira kepada umat Islam bahawa Islam akan menjadi kuat.
Rasulullah
SAW pernah berdoa ; "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar Al-Khatab atau
Abu Jahal bin. Hisyam" Hadtih riwayat At-Thabarani
Dalam
sebuah hadith lain yang diriwayatkan oleh At-Thabarani bahawa
Rasulullah SAW juga pernah berdoa : "Ya Allah kuatkan Islam dengan Umar
Al-Khatab"
Sebuah
hadith dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Majah bahawa
Rasulullah SAW berkata : "Apabila Umar memeluk Islam, Jibrilpun datang
dan berkata : "Ya Muhammad, sesungguhnya seluruh makhluk langit
bergembira dengan islamnya Umar"
Setelah
memeluk Islam, Rasulullah SAW telah mengelarnya sebagai Al-Faruq kerana
dapat membedakan di antara perkara yang benar dan bathil. Ketika
ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran tersebut,
Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada Rasulullah
SAW : "Ya Rasulullah SAW, adakah kita dalam kebenaran ?"
Jawab Rasulullah SAW : "Benar"
Aku berkata lagi : "Kenapa kita beribadah secara sembunyi ?"
Kemudian
kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua syaf, satu saya dan satu lagi
Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang KAFFIR Quraisy melihat ke
arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah
mereka terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah SAW mengelarkan aku Al-Faruq.
Dengan
islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa ketakutan
menjadi terasa kuat. Mereka telah berani sholat secara terang-terangan di Baitullah, khususnya
setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy juga
tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut
kepada Umar.
Keberanian Umar
Peristiwa yang
menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Saidina Umar
Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan,
berbeda dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa berhijrah
secara rahasia.
Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani semasa kafir dan bertambah
berani sesudah beriman. Pada detik-detik terakhir sebelum meninggalkan
kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. yang
menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan: Setelah saidina Umar
membuat keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang
disandang di sisi pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu
disangkut dibahunya, sebatang anak panah tergenggam ditangannya dan
melangkahkan kaki menuju ke Kaa'bah. Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy
sedang bersantai di sisi Ka'abah menyaksikan kehadiran Umar.
Saidina
Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi tenang,
tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya.
Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan
mendirikan sholat.
Selesai
solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-kata
yang keras dan pedas terhadap kaum kuffar Quraisy. kata Umar:
"Sesungguhnya Allah SWT tidak akan membinasakan wajah manusia di dunia
ini, kecuali wajah kaum-kaum jahanam yang memusuhi agama Allah."
Kata
Umar lagi: "Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya kesepian
disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim
piatu lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya
menjadi janda kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik
bukit ini."
Tantangan Umar RA terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan kehadiran
Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan rasa takut di
dalam hati mereka. Pertama kali mereka mendengar tantangan yang begitu
hebat dari Umar, mereka terpegun tanpa seorangpun yang berani menyahut tantangan Umar berlawan senjata.
Dari
sudut psikologi, cara Umar menantang kelompok Quraisy dengan gaya seorang
pahlawan yang bersedia untuk mati, menjadikan kelompok Quraisy lemah
semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, sekalipun Umar mengutuk mereka
sebagai kaum yang bakal dibinasakan Allah SWT.
Saidina
Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata: Sesudah itu
Umar melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa
dijejaki oleh kelompok Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi
seribu rahmat kepada kaum muslimin yang letih lesu, dari kalangan
orang-orang tua, orang-orang sakit yang tidak terdaya meninggalkan kota
Makkah tanpa teman. Mereka semua mengambil peluang untuk berhijrah ke
Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan aman tanpa sebarang gangguan.
Berikutan
dari peristiwa itu, maka kaum muslimin Makkah telah menyahut seruan
hijrah. Sehingga tiada lagi para penyokong Nabi s.a.w. yang tinggal di
Makkah, kecuali Nabi s.a.w., Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Saidina Ali
bin Abi Talib, selain itu orang-orang yang sakit, mereka yang tidak
kenderaan dan keupayaan berhijrah dan mereka yang dikenakan tahanan oleh
pihak Quraisy, akibat tindakan mereka menyahut seruan Islam
Hadith tentang Umar
1.
Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat
seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya
untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar" Hadith riwayat Shiekhaini
(Bukhari dan Muslim)
2. Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadith riwayat At-Tarmizi
3. Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat At-Tarmizi
4. Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari pontang panting ketika melihat Umar. Hadith riwayat At-Tarmizi
5. Umar cahaya bagi penduduk Syurga.
6. Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari Umar
7.
Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi
sebutan ramai (kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat
Islam, sudah tentu Umarlah orangnya. Hadith riwayat Bukhari.
8.
Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan
kemudian diperkatakan oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana
yang dilafazkan oleh mulut Umar. (Kata-kata Abdullah bin Umar)
Umar Sebagai Orang Yang Pertama
1. Pertama digelar Amirul Mukminin
2. Pertama menggunakan Hijriah sebagai kalendar Islam
3. Pertama mengenakan pukulan 80 kali ke atas peminum arak
4. Pertama mengharamkan nikah mut'ah
5. Pertama mewajibkan zakat ke atas kuda
6. Pertama menubuhkan jabatan-jabatan
7. Pertama sunatkan Qiyyam Ramadhan
8. Pertama mengarahkan solat Jenazah berjemaah dengan 4 takbir
9. Pertama memperkenalkan Al-'Aul dalam masalah Faraid (harta pusaka)
Umar Dan Al-Quran
Saidina
Umar Al-Khattab mempunyai pemikiran yang sangat hebat. Beberapa
pendapatnya merupakan sebab turunnya al-Quran. Di antara ayat-ayat
al-Quran yang diturunkan tentang pendapat beliau ialah :
1) Kisah tawanan Badar - ayat 28 Surah Al-Anfal
2) Ayat Menjadikan Maqam Ibrahim sebagai tempat solat - Ayat 125 Surah Al-Baqarah
3) Ayat Hijab - Ayat 53 Surah Al-Ahzab
4) Ayat tentang asal-usul kejadian manusia - Ayat 12 Surah Al-Mukminun
>5) Ayat tentang arak - Ayat 219 Surah Al-Baqarah dan Ayat 43 Surah An-Nisa'
6) Ayat Larangan Mensolati Jenazah Orang Munafiq - Ayat 84 Surah At-Taubah
7) Kisah orang Munafiq - Ayat 6 Surah Al-Munafiqun
8) Ayat 5 Surah Al-Anfal
9) Ayat 16 Surah An-Nur
10) Ayat tentang penghalalan jima' di malam bulan Ramadhan - Ayat 187 Surah Al-Baqarah
11) Ayat 97 Surah Al-Baqarah
12) Ayat 65 Surah An-Nisa'
13) ayat 13 Surah Al-Waqiah
Wallahu'alam bishowab
Wallahu'alam bishowab
0 comments:
Posting Komentar